Bank Australia henti penawaran pinjaman kereta ICE selepas tahun 2025

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada kenderaan elektrik (EV), sebuah bank di negara Australia mengumumkan penamatan program pembiayaan kereta berenjin konvensional baharu selepas tahun 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bank Australia dalam satu kenyataan menjelaskan, keputusan itu dibuat kerana pihak mereka tidak mahu kebanyakan pelanggannya memiliki kenderaan yang mencemarkan alam, serta menanggung kos penyelenggaraan yang semakin meningkat.

Menyedari masih lagi ramai yang tidak mampu untuk memiliki sebuah EV, pihak bank tersebut masih lagi menawarkan pembiayaan, namun ia dikhaskan untuk kereta ICE terpakai sahaja.
 

BYD


Biarpun jualan EV kian meningkat, masih lagi ramai warga Australia yang masih enggan beralih kepada mod pengangkutan yang lebih mesra alam.

Tahun lalu sahaja, sebanyak 20,665 unit kenderaan elektrik telah berjaya dijual, atau sekadar dua peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran kenderaan baharu.

Daripada jumlah tersebut, Tesla Model 3 merupakan model yang paling laris terjual, dengan lebih 12,000 unit telah berjaya diedarkan.

Menurut ketua pegawai Bank Australia, Sasha Courville seperti yang dipetik oleh Fox Business berkata, "kami memilih tahun 2025 memandangkan perubahan kepada penggunaan kenderaan elektrik perlu berlaku dengan cepat, dan kami percaya ia boleh dilaksanakan dengan sokongan polisi yang betul bagi membolehkan lebih banyak EV yang mampu milik ditawarkan kepada rakyat Australia.

Sumber: Fox Business