Banyak stesen pengecas EV tiada kelulusan Sirim

oleh Firdaus Razani|
Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) memaklumkan masih banyak syarikat penyedia stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), belum tampil memohon kelulusan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Permohonan kelulusan dari SIRIM harus dilakukan untuk memastikan peralatan yang digunakan adalah selamat dan boleh dipercayai.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad, berkata walaupun bukan mandatori, pihaknya menasihatkan syarikat berkenaan membuat permohonan supaya peralatan yang digunakan untuk stesen pengecas EV diuji terlebih dahulu bagi tujuan keselamatan.

Menurut beliau, pihak SIRIM telah memendekkan tempoh permohonan bagi memudahkan proses berkaitan serta menggalakkan lebih ramai tampil memohon.

Syarikat berkenaan boleh memperoleh keputusan permohonan dalam masa dua bulan.

"Sebenarnya, SIRIM dalam ekosistem EV mempunyai peranan yang amat penting. Kita akan memberi (kelulusan) sebelum (pembinaan) sebarang infrastruktur EV seperti stesen pengecas EV dan EV yang masuk ke Malaysia.

"Ia mesti mendapatkan satu kelulusan, contohnya dari segi reka bentuk oleh agensi di bawah SIRIM. Selepas itu, ia mesti diuji dan disahkan oleh SIRIM untuk memastikan bateri yang menjadi komponen penting buat kenderaan selamat digunakan.

"Yang penting adalah kita hendak mengharmonikan penggunaan stesen pengecas EV itu dari Singapura sampai ke negara Asia Tenggara yang lain dengan menggunakan sistem pengecasan yang sama.

“Maksudnya, anda boleh memandu EV ke mana-mana saja dan boleh cas EV di mana-mana juga. Maksudnya ada standardlah.

"Memang sekarang ini ada pelbagai EV. Tetapi kita nak pastikan semuanya mempunyai satu standard yang telah ditetapkan oleh badan antarabangsa serta perlu mematuhi standard. Kita juga nak pastikan pengguna di jalan raya selamat menggunakan EV masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan ke atas pengurusan tertinggi The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) di Balai Berita di sini, hari ini.

 

Baca laporan lanjut di BH Online.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak kebelakangan ini, pelbagai model EV telah berada di pasaran Malaysia dan lebih banyak jenama…
Berita Domestik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Garis panduan yang dihasilkan akan membantu pengguna untuk tidak terjebak dalam membeli produk…