Sepanjang kerjayanya, Materazzi telah menyertai pembangunan beberapa buah model ikonik daripada Lancia, Ferrari serta Bugatti.
Dilahirkan pada tahun 1939 di Salerno, Selatan Itali, beliau melanjutkan pelajaran di dalam bidang kejuruteraan di University of Naples.

Antara kereta-kereta yang 'lahir ke dunia' daripada buah tangan Nicola Materazzi termasuklah model ikonik Ferrari F40 serta model Ferrari 288 GTO 1984 yang sebenarnya bermula sebagai sebuah projek kereta rali Group B.
Beliau juga pernah bekerja di bawah Lancia di mana beliau terbabit di dalam pembangunan model jalanan Flavia dan Fulvia, serta tidak ketinggalan jentera rali ikonik Lancia Stratos.

Selepas di Ferrari, beliau berpindah ke Bugatti untuk menjadi pengarah teknikal bagi model Bugatti EB110 GT 1991, diikuti versi produksi EB110 SS yang lebih berkuasa.