Barangan aftermarket TRD, Modellista untuk Yaris Cross - banyak betul!

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pelancaran rasmi Toyota Yaris Cross di negara matahari terbit, penala rasmi Toyota TRD dan Modellista masing-masing melancarkan pelbagai jenis barangan aftermarket untuk SUV subkompak tersebut.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Kita mulakan dengan pendekatan yang dibawakan oleh TRD, di mana syarikat tersebut membawakan karakter off-road kepada Yaris Cross, berdasarkan konsep 'Functional Edge style'.

 


Penawaran tersebut terdiri daripada kemasan bumper hadapan yang dikatakan mampu meningkatkan prestasi aerodinamik, kemasan sisi pada pintu, mud flap berwarna merah atau hitam berlogokan GR, serta peredam eksoz sports.

Selain daripada itu, antara penawaran barangan GR termasuklah rim aloi bersaiz 18 inci (kemasan hitam berkilat), pelindung pemegang pintu, penstabil pintu, pelindung sinaran matahari, rangka nombor pendaftaran (kemasan gentian karbon), serta alas ruang kargo.

 


Sementara Modellista pula menawarkan dua stail yang berbeza, memfokuskan kepada gaya yang lebih sporti dan sesuai sebagai sebuah SUV urban.

Pakej pertama digelar sebagai Advance Robust Style yang menawarkan kit badan merangkumi spoiler hadapan, skirt sisi, skirt belakang, cladding plastik dengan warna badan, serta set rim aloi bersaiz 19 inci serba baharu.

 


Manakala pakej kedua pula dikenali sebagai Elegant Ice Style (bukan Ice Blue) yang menawarkan spoiler bumbung, kemasan pada gril hadapan dan belakang, kemasan pada cermin sisi dan pemegang pintu.

Ruang dalaman juga tidak ketinggalan menerima pelbagai jenis penawaran termasuklah kemasan scuff plate di ambang pintu (krom atau merah Bordeaux), tambahan pencahayaan pada konsol tengah, lampu LED untuk ruang kabin dan kargo, dek kargo kemasan kayu, dan iluminasi LED pada nombor pendaftaran belakang.