Barisan Warna Terbaharu Vespa Di KLFW 2022

oleh Penyumbang Rencana 2|
Sebagai pengedar rasmi skuter jenama Vespa, Didi Group telah memperkenalkan barisan koleksi warna baharu dan pelbagai corak motosikal skuter ini pada minggu lepas semasa acara Kuala Lumpur Fashion Week KLFW 2022 berlangsung.

Beberapa buah model Vespa Primavera, Sprint dan Vespa S 125 juga ditayangkan  kepada peminat motosikal tersebut untuk melihat sendiri kecantikan warna baharu yang dipamerkan.

Bagi model Primavera, warna baharu ditayangkan semasa acara tersebut ialah hijau yang berunsurkan kesegaran serta kemeriahan. Tambahan pula, ia memiliki persona terhadap warna tersebut yang memberikan semangat kecerian dan kebebasan dalam diri penunggang. Selain itu terdapat juga rangkai warna lain untuk model ini seperti kelabu dan putih. 
 

Primavera


Manakala Primavera S siri Beige Avvolgente  pula mengeluarkan warna pasir yang menjadi simbol kemewahan seperti barangan kulit dan seramik mahal yang pasti mengagumkan penunggang.

Untuk model Sprint pula, warna biru yang digelar biru Extroverso menjadi pilihan  yang tampak elegan dan unik. Warna tersebut memperlihatkan rasa kasih sayang  dan kebebasan dalam kehidupan. 

Turut menampilkan warna yang lain iaitu kelabu materia dan kuning.  

Sementara untuk model Sprint S pula, terdapat warna hijau Tenance dan jingga Tramonto beserta dua warna yang lain iaitu hitam Opaco dan Biru Audace.
 

S 125


Dan akhir sekali, bagi peminat lagenda “Vespino” iaitu Vespa S 125, ia penampilannya lebih mengetengahkan ciri-ciri teknikal dan gaya yang terkini tanpa memadamkan karaternya yang kecil dan kompak serta comel apabila ditunggang. 

Pelbagai perincian estetik yang baharu yang menjadikanya lebih bergaya dengan pilihan warna tambahan hitam gunung berapi dan merah membara.

Penulis: IZRA