Bas ekspres bertembung Myvi, tiga maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto ihsan Bomba
Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung Sungai Sam, di Kuala Krai, pagi Jumaat.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, pemandu bas ekspres dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, berkata pihaknya tiba di lokasi kejadian jam 11.55 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati berlaku kemalangan membabitkan pertembungan sebuah bas ekspres dan kereta Perodua Myvi.

"Terdapat tiga mangsa iaitu satu lelaki dan dua wanita dewasa tersepit dalam Perodua Myvi dipercayai meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis. Pemandu bas mengalami kecederaan ringan.

Punca kejadian tidak dinyatakan dan akan dimaklumkan kemudian.

- salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat -

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Informasi
Selesai siasatan tersebut bangkai helikopter berkenaan akan dinaikkan dipercayai dalam masa…
Berita Domestik
"Setiap pergerakan berkumpulan atau konvoi perlu dimaklumkan kepada pihak JSPT bagi tujuan…
Berita Domestik
Mohd Khairi berkata, siasatan dijalankan untuk mengenal pasti semua individu terlibat yang didapati…