Dalam beberapa laporan dikongsikan memaparkan detik sebelum kejadian berlaku menunjukkan bas ekspres yang berada di lorong kanan tiba-tiba dalam keadaan terhuyung hayang.
Tidak lama kemudian, pemandu bas yang masih tidak dikenal pasti identitinya itu didapati melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum dilihat merempuh beberapa kenderaan lain yang semuanya dianggarkan 10 kenderaan.
Kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan trafik kira-kira 15 kilometer sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua..
“Beberapa mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, jurucakap PLUS mengesahkan berlaku kemalangan berkenaan hingga menyebabkan kesesakan trafik.
"Siasatan kemalangan itu dijalankan pihak polis dan aliran trafik kembali lancar sekitar jam 4.50 petang," katanya.