Bas ekspres rempuh lori, 18 penumpang cedera ringan

oleh SALINA JALIL|
Seramai 18 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 132.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, petang semalam.


Kejadian berkenaan menyebabkan pemandu bas bersama 18 penumpang mengalami cedera ringan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pegawai Operasi Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Azhar Jaafar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 4.26 petang, sebelum sepasukan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

 

Beliau berkata, sejurus tiba anggota mendapati semua mangsa termasuk pemandu bas yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur itu terselamat.

 

"Anggota bomba kemudian mengeluarkan semua mangsa daripada bas itu dan kakitangan perubatan kemudiannya memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera.

 

"Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan tiga ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan lanjut," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Berita Domestik
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata bas…