Bas henti-henti kembali beroperasi di Kelantan

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Sinar Harian
Orang ramai di negeri ini menarik nafas lega apabila operasi bas henti-henti kembali beroperasi pada Selasa setelah setahun dihentikan.


Perkhidmatan tersebut yang sebelum ini dikendalikan oleh Syarikat Cityliner diambil alih oleh Konsortium E-Mutiara Berhad.


Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail berkata, operasi bas henti-henti itu melibatkan perjalanan pergi dan balik setiap hari di bawah jenama perkhidmatan Mutiara Rentas Desa yang melibatkan sembilan laluan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Laluan tersebut ialah Kota Bharu-Salor-Pasir Mas; Kota Bharu-Gua Musang, Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja, Kota Bharu-Kuala Krai, Kota Bharu-Pengkalan Kubor, Kota Bharu- Kemumin-Sabak, Kota Bharu-Sabak-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan dan Kota Bharu-Bukit Marak-Bachok," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
 

 

Menurutnya, untuk fasa pertama perkhidmatan yang beroperasi pada Selasa, hanya tiga laluan terlibat iaitu Kota Bharu-Salor-Pasir Mas, Kota Bharu-Gua Musang dan Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja.

 

Katanya, bagi laluan Kota Bharu-Salor-Pasir Mas, ia melibatkan tiga trip pergi balik bermula jam 7.15 pagi hingga 6 petang, laluan Kota Bharu-Gua Musang pula hanya dua trip pergi balik bermula jam 4.45 pagi hingga 5.30 petang manakala laluan ketiga Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja melibatkan empat trip ulang alik bermula jam 6.15 pagi hingga 5.30 petang.

 

Che Ibrahim berkata, perkhidmatan tersebut bermula dari Kota Bharu di Stesen Bas Jalan Hilir Pasar, di sini manakala lokasi hentian dalam laluan adalah seperti yang dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan yang terdahulu.

 

"Untuk permulaan, transaksi tambang adalah dalam bentuk tunai dan para penumpang boleh menghubungi talian 09-7745555 jika memerlukan maklumat lanjut tentang perkhidmatan Mutiara Rentas Desa," katanya.
 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeow, berkata suspek berusia 32 dan 42 tahun yang menaiki…
Informasi
  Katanya, penggunaan 20 bas itu dibuat atas permit sedia ada Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL…