Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataan pada Khamis berkata bas tersebut telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri, sebelum masuk ke longkang.
Pemandu bas cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan 20 orang penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan telah dipindahkan ke bas lain yang disediakan oleh syarikat terbabit, sebelum meneruskan perjalanan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel sepenuhnya Astro Awani