Menurutnya, kejadian itu juga menyebabkan seorang penumpang parah, manakala penumpang lain mengalami kecederaan ringan.
Katanya, pemandu warga tempatan berusia 34 tahun mendakwa hanya menyedari brek kenderaan tidak berfungsi ketika mahu menurunkan penumpang dan sebaik tiba di lokasi, ia hilang kawalan sebelum bas terbalik di selekoh persimpangan jalan.
“Kejadian itu menyebabkan seorang penumpang cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Serdang, manakala penumpang lain mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Klinik Kesihatan Bangi.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Semua mangsa adalah warga Nepal berusia antara 20 hingga 40 tahun dan pekerja kilang di Bandar Baru Bangi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.