Bas terbakar: Kebakaran pertama di bahagian brek, kebakaran kedua selepas tayar meletup

oleh SALINA JALIL|
Seramai 39 penumpang bas ekspres yang dalam perjalanan dari Mukah ke Kuching berdepan detik cemas setelah bas yang dinaiki terbakar berhampiran Kampung Telagus di Jalan Simunjan-Serian malam tadi.


Dalam kejadian jam 7.40 malam, semua penumpang bas ekspres itu berjaya keluar bagi mengelak terperangkap dalam kebakaran.

 

Seorang penumpang, Ibrahim Jollkainaini, 37, berkata, ia adalah pengalaman pertama berhadapan situasi itu walaupun sebelum ini sudah banyak kali menggunakan perkhidmatan bas ekspres terbabit untuk balik ke kampung halamannya di Mukah.

 

"Ini adalah pengalaman ngeri saya menaiki bas yang terbakar dalam perjalanan dari Mukah ke Kuching yang mengambil masa selama 10 jam.

 

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semua penumpang selama dalam kejadian ini," katanya ketika dihubungi malam tadi

 

Menjelas lanjut, katanya, bas ekspres yang dinaiki mereka pada mulanya terbakar pada bahagian brek ketika berada di Jalan Lachau kira-kira jam 5.40 petang, namun kebakaran itu berjaya dipadam menggunakan pemadam api.

 

"Namun, semua penumpang kembali panik apabila bas mengeluarkan asap semula ketika sampai di Jalan Simunjan-Serian disebabkan satu daripada tayarnya meletup.

 

"Semua penumpang terdiri daripada orang dewasa termasuk kanak-kanak berjaya keluar sebelum bas itu terbakar sepenuhnya," katanya.

 

Ibrahim berkata, semua penumpang yang menaiki bas terbabit di bawa menggunakan bas lain meneruskan perjalanan ke Kuching selepas kebakaran terkawal.

 

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.18 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata JPJ turut mengarahkan pasukan penguat kuasa menjalankan JPJ Inspection and Safety…
Berita Domestik
Beliau berkata, pendekatan itu dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan undang-undang secara lebih…
Berita Domestik
Malah mereka mendakwa, jika sekarang ini pun kerajaan belum memberi permit operasi, namun sudah…