Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Kamarulzaman Salleh berkata, pasukan penyelamat lokasi pada jam 10.04 pagi, didapati kebakaran melibatkan sebuah bas yang terbakar sebanyak 49 peratus dan tidak melibatkan sebarang mangsa.
"Biarpun tidak melibatkan mangsa, pemandu telah cuba memadam kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api namun tidak berjaya sehinggalah ketibaan pihak bomba yang membantu memadamkan kebakaran sepenuhnya," katanya.
Ketika kejadian terdapat enam penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada di dalam bas tersebut dan tiada kecederaan dilaporkan.
UTM dalam satu kenyataan memberitahu satu siasatan dalaman sedang dibuat bagi mengenal pasti punca serta langkah pencegahan dan penambahbaikan untuk mengelak insiden sama berulang