Basikal buluh buatan Sarawak bakal masuki pasaran China

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari media sosial
"Basikal buluh buatan Sarawak dijangka mula memasuki pasaran China tahun ini," kata Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka), Datuk Hashim Bojet.


Beliau berkata, Pusaka akan membuat Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MOA ) dengan syarikat China, Brook & Breeze, manakala anak syarikat Pusaka akan diberi tanggungjawab mengeluarkan basikal buluh secara komersial bagi pasaran eksport ke Shanghai, China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pada masa ini, syarikat Brook & Breeze sudah mengeluarkan basikal buluh di pasaran China sejak 10 tahun lalu, namun mereka tidak cukup tangan untuk memenuhi permintaan," katanya selepas majlis penutupan dan penyampaian sijil Kursus Intensif Basikal Buluh di Kompleks Industri Perabot Pusaka pada Selasa.

 

Katanya, basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh dan buluh yang ditanam secara ladang di Sarawak.

 

Hashim berkata, Brook & Breeze akan menentukan bilangan basikal buluh yang perlu dihasilkan untuk dieksport ke sana dengan harga dianggarkan AS$3,000 seunit berbanding AS$4,000 seunit yang dipasarkan syarikat berkenaan pada masa ini.

 

Beliau berkata, buat masa ini, kompleks itu menjadi premis untuk pembuatan basikal berkenaan dan mampu mengeluarkan 50 unit sebulan.

Susulan perancangan untuk mengeksport ke negara tembok besar itu, kapasiti pengeluaran basikal buluh akan dipertingkatkan lagi, katanya.

"Ini (pencapaian mengeluarkan basikal buluh untuk eksport) juga seiring dengan sambutan 50 tahun Pusaka (tahun ini)," katanya.

 

 

- Bernama