Pemandu kenderaan yang merakam aksi kanak-kanak tersebut dilihat membunyikan hon beberapa kali ke arah mereka yang menunggang di kedua-dua lorong jalan.
Meskipun diberikan amaran, tiada seorang pun daripada mereka cuba memperlahankan basikal sebaliknya memecut laju menuruni bukit melalui lorong kecemasan.
Video tersebut mencetuskan kemarahan pengguna media sosial yang meluahkan rasa kesal terhadap situasi berbahaya tersebut.
Di media sosial, rata-rata komen mempersoalkan di mana ibu bapa mereka yang sepatutnya memantau aktiviti anak-anak mereka, lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak terlalu berani melakukan aktiviti yang mengugatkan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.