Menurut ketua pakar aerodinamik Lotus, Richard Hill, basikal canggih itu direka oleh mereka yang memang bukan perekabentuk basikal.
"Ini sebenarnya menguntungkan kerana ia membuatkan kami berfikir luar dari kotak.
"Kami tidak terikat dengan rekabentuk tradisi basikal dan membolehkan kami memaksikmakan rekabentuk basikal agar mencapai kadar aerodinamik yang lebih baik," ujarnya.
"Itu sebenarnya cara kami di Lotus menangani mana-mana projek untuk pelanggan kami," sambung Hill lagi.
Contoh terbaik ialah rekabentuk Hope yang menunjukan sepit udang dan kerangka belakang yang lebih lebar dari basikal biasa.
Puncanya ialah kedua-dua komponen itu betul-betul berada di hadapan dan belakang lutut penunggang basikal, membantu mengalirkan udara "keluar" dari anggota badan tersebut.
Lotus juga menghasilkan dua rekabentuk palang hendal basikal itu untuk perlumbaan "Sprint" dan "Pursuit".
Kedua-dua komponen itu akan menggunakan bahan-bahan titanium, aluminium dan gentian karbon. Untuk titanium dan aluminium, kaedah pembinaan ialah menggunakan cetakan 3D.
Hasilnya, palang hendal yang jauh lebih ringan, lebih tegap dan memberikan tindakbalas yang lebih meyakinkan untuk pelumba yang menggunakannya.
Rakan teknologi untuk projek Hope ini ialah Renishaw, yang membekalkan kerangka, roda dan kejuruteraan basikal trek.