Bateri e-POWER Nissan dipasang di Thailand, satu-satunya kilang luar Jepun!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bateri e-POWER dipasang di Thailand
Bateri e-POWER dipasang di Thailand
Satu permata untuk Nissan ialah teknologi e-POWER. Ianya bukan seratus peratus elektrik tetapi sebuah nadi hibrid dengan enjin berfungsi sebagai penjana (generator).

Berbeza dengan sistem hibrid kebanyakan di mana enjin menggerakkan roda, enjin sistem e-POWER membekalkan kuasa kepada motor elektrik yang kemudian menggerakkan roda.

Sistem ini sesuai untuk pengguna yang mahukan penjimatan bahan api atau sebagai persinggahan dan persediaan sebelum beralih kepada kereta elektrik.

Satu lagi yang menarik, Nissan menawarkan sejumlah model massa dengan nadi e-POWER seperti Note, Serena, SUV Kicks dan Qashai.

Di sini juga boleh dilihat Nissan bersungguh dengan e-POWER apabila model-model tersebut mewakili pelbagai segmen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Kicks e-POWER Thailand

 

Teknologi e-POWER sebenarnya begitu dekat dengan kita apabila Kicks e- POWER dilancarkan di Thailand dan Indonesia pada tahun 2020.

Malah pengguna di dua negara jiran itu terlebih dahulu merasainya sebelum Qashqai e-POWER dilancarkan di Eropah pada tahun 2021.

Apa lagi yang menarik? Pemasangan bateri e-POWER telah pun dimulakan di Nissan Powertrain Thailand (NPT), Samutprakam, Thailand.

Pemasangan itu meletakkan NPT sebagai pusat pemasangan bateri e-POWER pertama di luar Jepun dan satu daripada empat kilang di dunia.

Pengeluaran bateri sebegini tidak mudah dan memerlukan proses yang teliti.

 

Bateri e-POWER dipasang di Thailand

 

Barisan pengeluaran (assembly line) bateri bervoltan tinggi e-POWER mempunyai sistem pengurusan kawalan kualiti yang inovatif dan cekap.

Ianya dilengkapi perkakasan berketepatan tingggi yang membantu dalam memeriksa setiap langkah pemasangan bagi mencegah kesilapan.

Barisan pengeluaran itu juga dilengkapi sistem kawalan pengeluaran masa nyata (real time) dan seratus peratus data pemasangan direkod dan disimpan untuk pengesanan.

Bukan setakat bateri, NPT juga memasang enjin 1.2 liter petrol yang digunakan pada Kicks e-POWER.

 

Bateri e-POWER dipasang di Thailand

 

Sejak tahun 1988 pelbagai enjin telah dipasang dan terkini seperti 1.0 liter turbo pada Almera, 2.3 liter diesel turbo pada Navara dan SUV Terra.

Turut dipasang ialah transmisi manual yang digunakan pada Navara.

Dari segi kapasiti keseluruhan, NPT mampu mengeluarkan sehingga 580,000 unit setahun.

Sekadar rujukan, negara kita turut mempunyai keistimewaan tersendiri apabila model elektrik Volvo XC40 Recharge dipasang di Shah Alam.

Foto: Nissan

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk pasaran Jepun, model tersebut telah pun diberikan kemaskini facelift, dengan membawakan…
Berita Global
Generasi terbaharu X-Trail itu membawakan rekaan jeriji V-motion yang lebih moden, diikuti dengan…
Berita Global
Selain mengekalkan nadi hibrid ringan 2.0 liter MR20DD S-Hybrid (150 hp/200 Nm), Nissan Serena…