Bateri Nissan Leaf lebih panjang umur berbanding usia kereta

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bateri merupakan komponen paling kritikal yang perlu ada untuk sesebuah kereta elektrik, dan seperkara yang kita semua perlu maklum, bateri mempunyai jangka hayat yang terhad. 

Bagi binaan bateri bagi sistem kereta elektrik pula, prestasi dan kapasiti yang boleh dikandung ternyata akan berkurangan setiap kali usia kereta bertambah. 

Untuk itu, Nissan telah menjalankan kajian terhadap pek bateri hatchback elektriknya Leaf dan mendapati, ia mampu menjangkaui usia melebihi 10 tahun!
 


Nissan berpendapat, 10 tahun merupakan jangka hayat yang munasabah bagi sesebuah kenderaan, namun menurut pengarah Urusan Renault-Nissan Energy Services Francisco Carranza berpendapat bateri Nissan Leaf mampu mencapai usia 22 tahun. 

Perlu diingatkan, pada angka tersebut, keadaan tidak lagi mengizinkan pek bateri untuk terus kekal beroperasi, terutama bagi pemilik yang memandu kenderaan ini sebagai mod pengangkutan utama semasa jangka hayat sihat. 

Menerusi kajian ini, Nissan mahukan anda sebagai pemilik atau bakal pemilik EV supaya tenang dan teruskan hasrat anda untuk menggunakan Nissan Leaf tanpa perlu ragu-ragu, ditambah pula dengan jaminan pengeluar sedia ada. 

Dalam masa yang sama, Nissan turut mengkaji langkah yang bersesuaian untuk menggunakan kembali pek bateri terpakai. 
 


Sebelum ini, Nissan mempunyai beberapa projek storan tenaga menggunakan pek bateri Nissan Leaf, seperti di Amsterdam di mana pusat storan berkapasiti tiga megawatt itu menempatkan kira-kira 148 buah pek bateri daripada EV itu sendiri.

Langkah ini merupakan satu cara bagi memastikan kereta elektrik yang terpakai masih lagi mempunyai fungsi yang boleh dimanfaatkan kepada umum, sebelum ia dilupuskan secara total. 

 


Sumber: Inside EVs