Bateriku.com berkolaborasi dengan Emerald-Brembo, tawar produk asli BREMBO

oleh Penyumbang Rencana 2|
Bateriku (M) Sdn.Bhd. (Bateriku.com) telah mengadakan kerjasama pintar bersama Emerald Auto Sdn Bhd (Emerald-Brembo) dengan menawarkan produk pelapik brek asli BREMBO di kesemua pitstop Bateriku.com yang terpilih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Emerald-Brembo merupakan satu-satunya pengedar rasmi produk BREMBO di Malaysia yang membekalkan pelbagai jenis variasi pelapik brek dan cakera brek untuk semua jenis kenderaan

Menerusi tagline "Every Car Deserves BREMBO", buat masa ini produk tersebut akan dimulakan dengan memberi fokus kepada kenderaan seperti Myvi, Proton, Perodua, Honda dan Toyota melalui ekosistem Bateriku.com yang kini telah menabur khidmat kepada hampir 1 juta pelanggan.
 

bateri


Tidak kira pelanggan Bateriku.com yang lama atau baharu, mereka akan ditawarkan brek pad BREMBO yang berkualiti premium dengan harga yang mampu milik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Encik Azarol Faizi, "Senario kerosakan kenderaan sepanjang 8 tahun sejak Bateriku.com ditubuhkan telah membuka pelbagai peluang bagi Bateriku.com untuk mengembangkan servis dan produk otomotif yang bukan berpunca daripada masalah bateri. Dengan tagline ‘Beyond Batteries’, misi kami sebagai 'Connected Roadside Assistance Provider' (CRAS) adalah untuk sentiasa mencari produk dan servis otomotif yang mampu dimanfaatkan oleh pemilik kenderaan, usahawan, dan juga rakan-rakan bengkel.”
 

brembo


"Dengan reputasi BREMBO dan prestasi produknya di peringkat otomotif global, kami berbesar hati untuk berkolaborasi bersama pihak Emerald-Brembo yang merupakan pengedar rasmi BREMBO di Malaysia. Melalui kolaborasi ini, InsyaAllah kami yakin dapat meningkatkan lagi keberadaan Bateriku.com di dalam segmen 'Vehicle Ownership Experience.’

"Dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat di Malaysia, Bateriku.com kini bukan sahaja menawarkan servis dan penukaran pengendalian bateri malah membekalkan juga produk dan servis otomotif lain untuk dimanfaatkan oleh semua pengguna kenderaan," tambah Encik Azarol Faizi.

Penulis: IZRA