Batik Air tawar diskaun hingga 35 peratus

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Batik Air menawarkan diskaun hingga 35 peratus bagi tambang Economy Value dan Economy Flexi, sekali gus memperluas akses kepada perjalanan yang lebih fleksibel dan mudah untuk dirancang lebih awal.

Tawaran tersebut dibuka untuk tempahan mulai sekarang hingga 30 April 2026, bagi tempoh perjalanan sehingga 31 Januari 2027.

Menurut Batik Air, kedua-dua pilihan tambang iaitu Value dan Flexi direka bagi memenuhi keperluan tersebut dengan menawarkan penukaran tarikh secara percuma sekali bagi Economy Value dan tanpa had bagi Economy Flexi, tertakluk kepada perbezaan tambang.

Selain itu katanya, setiap tempahan turut disertakan elaun bagasi hingga 25 kilogram, meningkatkan keselesaan perjalanan hingga tiba di destinasi.

"Tawaran promosi itu merangkumi pelbagai destinasi antarabangsa popular termasuk Sydney, Shanghai, Bali, Phuket, Colombo, Bangkok dan New Delhi, memberi pilihan luas kepada pelancong untuk menentukan destinasi serta gaya perjalanan yang diinginkan.

"Seiring dengan perubahan landskap perjalanan, terdapat peralihan jelas ke arah tambang yang menawarkan jaminan serta kebolehsuaian.

"Dengan menjadikan pilihan Value dan Flexi lebih mudah diakses, Batik Air terus menyokong pelancong yang mahu merancang perjalanan lebih awal dengan keyakinan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Inisiatif tersebut dijangka memberi nilai tambah kepada pengguna, khususnya dalam keadaan ketidaktentuan jadual perjalanan global yang memerlukan tahap fleksibiliti lebih tinggi.

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Seorang penumpang yang duduk di barisan berhampiran pintu keluar kecemasan didakwa memecahkan…
Berita Domestik
Syarikat penerbangan hibrid berpangkalan di Malaysia itu turut menawarkan cuti tanpa gaji secara…
Informasi
“Bagi musim perayaan ini, antara laluan yang mencatat permintaan paling tinggi ialah Johor Bahru ke…