BAWA KERETA POLIS BERTINDAN, PEMANDU LORI DISAMAN

oleh Hamimah Hamid|
PEMANDU lori yang tular membawa muatan kereta peronda polis dengan cara merbahaya di lebuh raya berhampiran Ipoh disaman polis Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Wan Azharuddin Wan Ismail, lelaki berusia 32 tahun terbabit disaman di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Sebelum itu kita telah panggil pemandu lori tersebut untuk
 dirakam percakapan berkaitan satu video yang tular di laman sosial.

“Hasil keterangan polis telah mengeluarkan sama pada 11 Februari lalu kerana dia didapati membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Media release oleh pdrm

Menurut Supritendan Wan Azharuddin, polis sebelu itu iaitu pada 5 Februari lalu telah mengesan satu video berdurasi 58 saat memperlihatkan sebuah lori membawa  kereta peronda polis  dengan cara bahaya.

Katanya, ekoran daripada itu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah telah membuka satu kertas siasatan.

Ujar beliau, hasil siasatan mendapati lapan buah kereta peronda polis yang dibawa lori terbabit adalah dari hasil jualan lelong aset alih kerajaan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Jelas Supritendan Wan Azharuddin, kesemua kenderaan tersebut telah dikumpulkan di Kawasan Industri Seremban dan dibawa menggunakan lori terbabit ke Ipoh.