Bawa laju cuma berikan anda 10-15 minit awal - Tun Mahathir

oleh HEZERI SAMSURI|
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad semalam menyampaikan rasa sedih beliau di atas jumlah kemalangan jalan raya yang meningkat ketika musim perayaan ini.

106 kematian akibat kemalangan jalanraya dilaporkan sehingga semalam, enam hari selepas Op Selamat 15/2019 dijalankan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tun Mahathir meminta pengguna jalan raya agar tidak tergesa-gesa dan memandu dengan cermat.

"Jika kita pandu dengan laju pun, kita cuma dapat jimatkan 10 ke 15 minit sahaja, dan kita mengambil risiko atas nyawa kita," ujar beliau ketika Majlis Hari Raya di kediaman rasmi beliau semalam.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dilaporkan berkata sehingga 5 Jun, 10,321 kemalangan dilaporkan membabitkan 14,689 buah kenderaan dan 106 kes kematian.

Selangor mencatat jumlah kemalangan tertinggi pada 3,048 kes, diikuti oleh Johor pada 1,594 kes dan Kuala Lumpur pada 1,350 kes.

Beliau juga memberitahu bahawa PDRM telah melakukan 1,898 operasi di seluruh negara dengan 146,408 jumlah saman yang telah dikeluarkan.