Bawa muatan heroin, pemandu Saga ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
Cubaan lelaki melarikan diri dengan memandu kereta secara melulu gagal apabila berjaya ditahan selepas 20 minit dikejar dalam kejadian, di sini, semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terdahulu, sepasukan anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) membuat penugasan 'snapcheck' di Jalan 18/16B, di sini, pada 6.40 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota polis kemudian menahan sebuah kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 34 tahun.

"Ketika mahu melakukan pemeriksaan, suspek bertindak memecut kereta dinaikinya untuk melarikan diri hingga hampir melanggar orang awam yang berada di lokasi.

"Anggota polis mengejar kereta suspek kira-kira 20 minit sebelum dia berjaya ditahan di hadapan sebuah bank di Pekan Lama Petaling Jaya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek enggan keluar dari kenderaan dengan mengunci pintu menyebabkan pihak polis memecahkan cermin tingkap kereta berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan.

Menurutnya, ketika proses tangkapan itu, dua anggota polis cedera ringan di tangan kiri dan menerima rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Pemeriksaan di dalam kereta suspek menemui satu tiub straw disyaki dadah jenis heroin seberat 0.30 gram dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis morfin," katanya.

Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah serta lapan rekod dadah.

"Suspek direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut beliau, ketika pihak polis cuba menahan kenderaan tersebut, pemandunya bertindak merempuh…
Berita Global
Menurut laporan daripada Metro Detroit News, sebuah Ford Mustang Shelby GT500 telah digunakan untuk…
Berita Domestik
  "Dalam kejadian itu, anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan di bahagian tayar…