Pasukan penyelamat The Citrus County Florida bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran, dan mereka hanya mengambil masa sekitar 17 minit bagi mengawal keadaan.
Hummer tersebut dipercayai membawa beberapa bekas plastik 19 liter bagi mengisi petrol di stesen minyak berdekatan Texaco Food Mart, West Grover Cleveland Boulevard.
Kes ini merupakan sebahagian daripada beberapa laporan berkenaan sebilangan penduduk yang mula menyimpan stok bekalan minyak petrol dengan menggunakan bekas yang tidak sesuai, malah ada di antara mereka yang sanggup menggunakan beg plastik!
Ia merupakan susulan daripada kemungkinan kekurangan bekalan petrol yang disebabkan oleh serangan sekuriti siber ke atas syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan jaringan saluran paip terbesar di Amerika Syarikat.