Bayar cukai, dapat lesen percuma masuk litar lumba setahun!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak ramai yang berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan di litar lumba disebabkan beberapa faktor seperti harga yang diminta terlalu mahal untuk tempoh masa yang singkat, atau masa yang tidak mengizinkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin atas faktor itu lebih ramai yang gemar ber'kanjo' (siapalah yang mulakan istilah ni..) di atas lebuhraya, atau jalan-jalan dalam yang berliku sehingga menyusahkan orang ramai sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan bandar Mimasaka di Wilayah Okayama, bandar tersebut dilihat menawarkan peluang keemasan yang patut direbut oleh mereka yang mahu mengasah bakat pemanduan di tempat yang sepatutnya.

 


Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, bandar tersebut kini menawarkan lesen untuk memandu di dalam litar Okayama sebagai ganjaran bagi mereka yang menyelesaikan pembayaran cukai untuk tahun tersebut.

Untuk mendapatkan lesen tersebut, penduduk bandar itu perlu membuat pembayaran cukai sebanyak ¥120,000 (RM4,616) kepada pihak berkuasa.

Sebagai pulangan, mereka akan diberikan lesen kebenaran untuk menggunakan litar tersebut pada bila-bila masa secara percuma sekiranya tiada sebarang aktiviti perlumbaan, serta mengikuti kelas orientasi yang dianjurkan.

Lesen tersebut sah selama satu tahun, dan boleh diperbaharui dengan membuat pembayaran cukai untuk tahun berikutnya,

Sumber: Japanese Nostalgic Car