Bayar parkir secara digital mulai 1 April di Selangor

oleh SALINA JALIL|
Bayaran parkir kereta di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri Selangor akan laksana pembayaran parkir secara digital (e-kupon) sepenuhnya mulai 1 April.


Berikutan itu, orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) bagi memudahkan urusan pembayaran selepas tempoh tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Jom sama-sama muat turun aplikasi Smart Selangor Parking yang tentunya mudah, cepat dan selamat,” kata pengendali aplikasi itu di Facebook rasminya.

 

Aplikasi SSP boleh dimuat naik di Google Playstore, Appstore atau Huawei store.

 

EXCO Kerajaan Tempatan memaklumkan pemegang kupon kertas gores perlu mendaftar sebagai pengguna SSP untuk memindahkan baki nilai kupon kepada kredit mulai 26 Mac.

 

Ng Sze Han menjelaskan inisiatif itu diputuskan selepas mengambil kira kebimbangan mereka yang berdepan kerugian berikutan sistem berkenaan dikuat kuasa seminggu lagi.

 

Untuk rekod, aplikasi SSP menjimatkan 1,041,221 kilogram kertas sejak diperkenalkan pada 2018. Sehingga kini, SSP mempunyai 1,963,241 pengguna berdaftar.

 

etiket