Bayar RM5.4k setahun, pemilik Mercedes-EQ boleh 'muat turun' kuasa kuda tambahan

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti BMW yang cuba mengenakan yuran langganan untuk fungsi yang sudah terdapat pada sesebuah kereta, Mercedes-Benz Amerika Syarikat memperkenalkan langkah yang sama, namun untuk para pelanggan yang mahukan EV berprestasi tinggi.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Program langganan yang digelar sebagai Acceleration Increase itu sudah pun boleh didapati di laman web dalam talian, dan mengenakan kos sekitar $1,200 (RM5,376) setahun.
 

EV


Perkhidmatan langganan baharu ini mampu meningkatkan kuasa kuda sebanyak 20 hingga 24 peratus, bergantung kepada output kilang asal EV tersebut.

Dengan mengubah beberapa aspek seperti karakteristik lekuk kuasa, daya kilas serta output maksimum motor elektrik, para pemilik Mercedes-EQ mampu merasakan peningkatan kuasa terutama dari segi pecutan.
 

EQW


Seperti contoh, Mercedes EQE 350 4Matic boleh ditingkatkan kuasa daripada 288 hp kepada 349 hp, dengan pecutan 0-96 km/j dalam masa 5.1 saat (berbanding catatan asal 6.0 saat).

Manakala EQS 450 4Matic pula boleh mendapatkan kuasa tambahan 108 hp kepada 443 hp yang membolehkan pecutan 0-96 km/j dibuat sepantas 4.5 saat sahaja.

Sumber: Mercedes-Benz AS

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penambahan model EV baharu dan pelan langganan itu bakal memudahkan dan menjadikannya lebih mampu…
Berita Domestik
  Dengan tawaran terbaru itu, Flux menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan kedai…
Berita Domestik
Bagi pembaca yang pertama kali mendengar tentang Flux, ianya merupakan sebuah syarikat yang…