Bayi lapan bulan meninggal dunia, lewat tiba di hospital gara-gara perarakan menteri baru

oleh Mohamad Hanif|
SEORANG bayi berusia lapan bulan meninggal dunia akibat lewat tiba di hospital kerana kenderaan yang dinaikinya tersekat dalam kesesakan trafik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ibu bapa bayi malang tersebut, Ganesh dan Eshwaramma berkata, ketika kejadian pada Jumaat lalu, mereka sedang membawa anak mereka yang sakit ke hospital dengan beca roda tiga.

Namun trafik dihalang polis untuk memberi laluan kepada upacara perarakan bagi mengalu-alukan kedatangan menteri yang baharu dilantik, Usha Sricharan.

Kejadian berlaku berhampiran Kalyandurgam di daerah Anantapur, India, pada malam Jumaat lalu.

Pasangan itu mendakwa kelewatan selama setengah jam untuk membawa bayi mereka ke hospital menjadi punca kematiannya.

Penduduk tempatan termasuk ibu bapa bayi malang itu mengadakan bantahan di luar hospital untuk menuntut tindakan tegas terhadap anggota polis yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut. - Indiatimes.com menerusi mstar

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah malam tadi. Punca kematian belum…
Berita Domestik
"Wanita berkenaan menerima panggil telefon daripada suaminya jam 5.30 petang menyatakan anaknya…
Berita Global
  Sebelum meninggalkan kereta, Darci bertindak mengikat anak patungnya, Elliot pada kerusi kereta…