Beg udara Takata - ETCM panggil semula Nissan Grand Livina, X-Gear dan Navara D40

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS), hari ini mengumumkan pelanjutan tambahan kempen panggil balik tambahan bagi pelanggan untuk menggantikan modul inflator beg udara pemandu dan penumpang bahagian depan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Siasatan telah dilakukan oleh Nissan Motor Co. Ltd dan kira-kira 11,971 unit kenderaan Nissan di Malaysia telah dikenalpasti terjejas dalam kempen panggil balik inflator beg udara Takata.

Nissan NP300 Navara yang dilancarkan di Malaysia pada November 2015 serta model jualan semasa yang lain tidak terjejas dalam kempen ini. 

 

Model

Kod Model

Tahun Buatan

Unit yang Terjejas

Beg Udara Terjejas

Navara

(CKD)

D40

Jan 2015 - Nov 2015

1,326

Pemandu dan Penumpang Depan

Grand Livina (CKD)

L10

Jan 2015 - Mac 2015

10,445

Penumpang Depan

X-Gear

(CKD)

L10

Jan 2015 - Mac 2015

200


Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat dari TCEAS. Pelanggan  digalakkan supaya menghubungi cawangan TCEAS yang terdekat untuk menbuat temu janji. 

Demi kemudahan pelanggan, TCEAS yang terpilih juga telah melanjutkan waktu operasi dan kini dibuka sepanjang 365 hari agar pelanggan boleh menyelenggarakan kenderaan pada hujung minggu dan cuti umum serta meningkatkan kapasiti dalam tempoh kempen panggil balik ini. 

Setakat Jun 2019, sejumlah 99,670 kenderaan atau 56% inflator beg udara Takata telah siap diganti oleh TCEAS. Namun masih ada segolongan besar unit kenderaan yang masih belum tampil untuk membuat penggantian. 


 


ETCM dan TCEAS sekali lagi ingin mengingatkan dan menggesa pemilik Nissan yang masih belum menjalankan aktiviti penggantian supaya menukar inflator beg udara Takata dengan segara untuk mengelakkan kecederaan and kemalangan yang tidak diingini. 

Memandangkan pemilikan kenderaan mungkin berubah dari masa ke semasa, pemilik baru digalakkan untuk menyemak sama ada kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen panggil balik ini.  

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…