Bekas banduan curi trak pengangkut penuh dengan Corvette C8 bernilai RM5.9 juta!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pelik tapi benar, seorang bekas banduan di US bertindak gila dengan mencuri sebuah trak pengangkut yang membawa sepuluh buah Chevrolet Corvette C8 baharu bernilai lebih USD1.25 juta (RM5.9 juta)!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang menjadikan tindakannya gila, lelaki yang merupakan bekas banduan itu baru sahaja dibebaskan dari penjara di mana dia dalam perjalanan pulang ke Arizona.

Suspek merupakan Isaiah Walker, 23 tahun dari Lawton, Oklahoma telah dihukum pada Khamis lepas atas pelbagai pertuduhan jenayah bagi dakwaan kecurian itu, tuduhan termasuk rompakan, 11 pertuduhan kecurian alat pengangkutan, dan jenayah kecurian.

Menurut pihak polis, trak pengangkut tersebut diparkir di tempat hentian trak di Willcox, Arizona, di mana Walker memulakan langkahnya dengan berbual bersama pemandu trak itu.

Walker kemudiannya menarik keluar pemandu itu sebelum sempat masuk ke dalam trak, seterusnya merampas trak itu dan pandunya keluar dari tempat hentian tersebut.

Seorang timbalan dari Jabatan Syerif Daerah Cochise telah mengejar trak yang dicuri itu dan cuba menghentikannya, Walker mula memandu secara agresif hingga membahayakan kenderaan lain, namun akhirnya berjaya ditahan.

Satu kelegaan, trak pengangkut bersama sepuluh buah Corvette C8 itu tidak mengalami sebarang kerosakan dan telah telah diserahkan semula kepada pemandunya.

Bagi Isaiah Walker, dia pastinya tidak perlu risau lagi tentang cara untuk pulang rumah kerana kesalahan terbaharunya itu berjaya menempatkan dirinya semula ke penjara.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama trak pengangkut berkuasa elektrik itu kini digunakan oleh firma logistik gergasi ARS…
Berita Global
Dua buah trak Kelas Lapan berjenama Kenworth dan syarikat pemula Nikola itu dibekalkan oleh…