Bekas CEO VW, Martin Winterkorn bakal didakwa

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak pendakwaraya Jerman mengumumkan mereka akan membuat pertuduhan rasmi kepada bekas CEO Kumpulan VW, Martin Winterkorn berkaitan pembabitan beliau di dalam skandal manipulasi ujian asap diesel VW.

Empat lagi eksekutif syarikat bakal didakwa bersama Winterkorn di Brunswick, Jerman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua mereka akan didakwa dengan tuduhan penipuan dan melanggar undang-undang persaingan.

Pendakwaraya berkata Winterkorn menghadapi tuduhan penipuan, pecah amanah dan pelanggaran undang-undang persaingan yang serius kerana tidak mengambil tindakan walaupun beliau tahu akan skandal "Diesel-Gate" itu.

Pihak pendakwaraya juga menuduh Winterkorn meluluskan update untuk perisian kenderaan VW yang terbabit di dalam bulan November 2014 dengan kos sebanyak Euro 23 juta. 

Perisian itu "tidak membantu mengurangkan kadar pencemaran tetapi hanya memanipulasikan lagi peningkatan pelepasan gas-gas tercemar semasa operasi normal kenderaan terbabit".

Pada bulan September 2015, VW didapati menggunakan perisian enjin yang menipu proses pemeriksaan asap US dan skandal itu telah menyebabkan kerugian sehingga Euro 29 billion kepada VW.

Winterkorn meletakkan jawatan sebaik sahaja skandal itu dihidu. Kerajaan US telah pun mendakwa Winterkorn tetapi beliau masih menetap di Jerman.

CEO VW sekarang, Herbert Diess yang mula bekerja dengan VW pada Julai 2015 selepas meninggalkan BMW tidak didakwa.

"Saya bukan antara yang dituduh dan saya tidak rasa saya akan didakwa," ujar Diess ketika ditemuramah di Pameran Auto Shanghai.

 

* Berita asal diambil dari Bloomberg dan Automotive News Europe.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Buat kali pertama California dilengkapi dua pintu gelangsar yang bukan sahaja memudahkan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…