Bekas ketua jurutera Ford RS masuk Hyundai

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat automotif Korea, Hyundai mengumumkan perlantikan bekas ketua jurutera Ford RS, Tyrone Johnson selaku ketua unit pembangunan dan pengujian di Hyundai Motor Europe Test and Development di Jerman. 

Menurut laporan daripada Autocar, Johnson menggantikan tugas Albert Biermann sebelum ini bertanggungjawab dalam memberikan input kepada dinamik kenderaan serta subjenama N. 

Dengan kemasukan bekas ketua jurutera RS, Hyundai kini mempunyai barisan individu yang mantap bagi menghadapi cabaran dunia automotif, apatah lagi sebelum ini mereka turut membawa masuk Luc Donckerwolke, bekas ketua unit rekaan Bentley.
 


Tambahan pula Hyundai kini sedang menumpukan perhatian kepada divisyen prestasi N bagi menghasilkan sebuah kereta sports yang bakal menjadi model halo dengan pelbagai trenkuasa termasuklah enjin posisi tengah. 

Pastinya dengan pengetahuan know-how dan kepakaran daripada Johnson ketika membangunkan Ford Focus RS, Hyundai mampu memberikan saingan yang sengit kepada barisan hot hatch di luar sana.

 

 

Sumber: Motor Authority

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana mereka mendakwa kenderaan elektrik yang rata-ratanya lebih berat jika dibandingkan…
Berita Global
Sepanjang kerjayanya, Materazzi telah menyertai pembangunan beberapa buah model ikonik daripada…
Berita Domestik
Apa yang menarik, baru-baru ini lelaki tersebut memuat naik satu kisah yang cukup menggembirakan…