Bekas pereka McLaren P1 hasilkan koleksi jam tangan Cosmos, harga cuma RM1.1k sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Frank Stephenson merupakan salah satu nama besar di dalam indusri automotif.

Beliau terkenal dengan hasil rekaan yang berpengaruh, seperti Ferrari F430, McLaren P1, Maserati MC12, Ford Escort RS Cosworth hinggalah kepada model marhaen seperti Fiat 500.

Hasil kerja terbaharu beliau bukanlah berupa sebuah kereta, akan tetapi koleksi jam tangan Cosmos menerusi kerjasama dengan Time Concepts.
 

Cosmos


Jam tangan Cosmos ini mengambil inspirasi daripada angkasa lepas, dengan bentuk keseluruhan yang diinspirasikan daripada aliran angin najam (stellar wind) diikuti dengan rekaan dial yang merujuk kepada langit malam yang berbintang.

Sementara jarum jam tangan yang ‘terapung’ itu pula mengelilingi struktur pusat yang disifatkan sebagai lubang hitam.

Fon angka pula dicetak dengan menggunakan dakwat Superluminova yang bercahaya di dalam gelap manakala pergerakan jam tangan ini pula menggunakan sistem pergerakan kuarza Miyota.
 

Cosmos


Koleksi jam tangan Cosmos ini boleh dibeli menerusi laman web SzantoTime dengan harga jualan bermula dari $250 (RM1,106).

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Dihadkan kepada 100 unit sahaja, kesemua jam tangan tersebut akan ditawarkan secara eksklusif…
Gaya Hidup
Luminox Master Carbon SEAL Automatic direka untuk menjadi sebuah jam tangan yang boleh dipercayai…
Gaya Hidup
Berita baik buat para peminat jam, kerana Hublot telah melancarkan jam tangan terbaharu jenis…