Bekas pereka RX-Vision kini sertai Pininfarina!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun firma rekaan yang ke-90, Pininfarina baru-baru ini mengumumkan pelantikan Kevin Rice selaku Ketua Pegawai Kreatif berkuat-kuasa 1 Mac 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pereka yang berasal dari British itu akan mengambil alih tugas Carlo Bonzanigo yang meletakkan jawatan atas sebab peribadi pada akhir September lalu. 

Kevin Rice kembali ke bandar di mana beliau memulakan karier di Italdesign, setelah menamatkan pelajaran di Royal College of Art, London. 

 


Graduan di dalam bidang pengangkutan dan rekaan industri Coventry University ini kemudian bekerja di bawah beberapa jenama Eropah seperti Opel, Saab, dan BMW. 

Rice juga turut memegang posisi sebagai ketua unit rekaan di Mazda Eropah, dan antara projek kebanggaan beliau termasuklah Mazda MX-5, Mazda CX-3 dan juga model konsep RX-Vision!

Tugas terakhir beliau adalah sebagai ketua unit rekaan bagi syarikat automotif China, Chery Automobile.

Menurut Pininfarina, Rice akan bertanggungjawab memimpin hal-hal strategik dan kreatif di dalam Rekaan (Mobiliti, Industri dan Rekaan Seni Bina), serta memegang unit Mobility Design Business.