Bekas trak servis Rali Dakar kini menjadi motorhome yang boleh disewa!

oleh Mohamad Hanif|
Kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa acara Rali Dakar merupakan salah satu perlumbaan rali off-road berprestij yang paling mencabar di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik, anda sebenarnya berpeluang untuk memandu salah sebuah kenderaan yang pernah digunakan dalam acara Rali Dakar yang kini ditukarkan menjadi sebuah motorhome yang boleh disewa.
 

RV


Salah satu daripada trak servis pasukan KTM yang digunakan di Dakar pada tahun 2000-an kini berjaya menemukan hayat baharu sebagai sebuah motorhome kegunaan off-road di The Netherlands.

Sebagai sebuah trak yang pernah melalui laluan Dakar, keupayaan pemanduan off-road memang tidak perlu dipertikaikan.

Antara kemudahan yang ada pada trak motorhome ini termasuklah ruang untuk empat orang tidur dengan selesa, panel solar, bateri, tangki simpanan air sebesar 300 liter, katil kekal dan boleh dilipat, ruang siram, tandas, dapur memasak, peti sejuk dan dua tangki diesel.
 

RV


Selain itu, trak ini turut menempatkan set barbeku, serta set meja dan kerusi untuk kegunaan di luar trak.

Trak ini boleh disewa menerusi laman web Camptoo, di mana perlindungan insurans pada ketika ini hanya terhad untuk benua Eropah sahaja, dan tempoh tempahan minium tujuh hari daripada tarikh penggunaan.

Sumber: Camptoo

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…
Berita Global
Pasangan berada di belakang sebuah motorhome di jalan dua hala ketika sebuah Ferrari merah…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…