Kad95 ini akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama tahun 2020.
Ini juga bermakna harga runcit RON95 dan diesel akan diapungkan secara beransur-ansur.
Menurut Lim Guan Eng, Menteri Kewangan, cara subsidi ini akan membantu mengurangkan ketirisan dan penyeludupan bahan api bersubsidi yang berlaku sejak berpuluh-puluh tahun di kawasan sempadan negara.
Subsidi pula hanya layak diberikan sekiranya harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisma Penetapan Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter.
Tidak ada subsidi akan diberikan sekiranya harga bahan api itu berada di bawah RM2.08 seliter.
Subsidi PSP ini akan menggunakan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion dari kerajaan dan akan memanfaatkan sebanyak kira-kira lapan juta pemandu kenderaan.
Pemandu kenderaan di Sabah dan Sarawak akan terus menikmati harga siling petrol pada RM2.08 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter diesel.
Kerajaan Sabah dan Sarawak juga dijemput untuk menyertai PSP ini.
Bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol yang diberikan untuk setiap penerima adalah sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal.
Subsidi itu akan diberikan dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.
Pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020 bagi tempoh Januari hingga April 2020; dan