Belanjawan 2021: RM50 juta untuk penyelenggaraan jalan raya

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan memperuntukkan RM50 juta atau kenaikan sebanyak 20 peratus bagi had kelayakan penggunaan dana di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi membiayai kerja penyelenggaraan jalan.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia bagi memastikan kemudahan jalan raya di semua negeri diselenggara secara optimum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

"Had kelayakan penggunaan dana di bawah MARRIS dibenarkan dinaikkan sehingga 20 peratus atau 50 juta ringgit, yang mana lebih rendah bagi membiayai kerja penyelenggaraan jalan di luar skop biasa MARRIS," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 bertemakan "Teguh Kita, Menang Bersama", di Dewan Rakyat semalam.

 

Pada Belanjawan 2020, kerajaan memberi kelonggaran kepada kerajaan negeri untuk menaik taraf jalan, jambatan, parit, longkang dan cerun menggunakan dana MARRIS sehingga 15 peratus atau RM20 juta (mana lebih rendah).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan daripada…
Informasi
  Program itu membabitkan empat perkhidmatan, iaitu Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran…