Belanjawan 2024: PADU belum siap? Pengguna diesel jadi bahan kajian pertama?

oleh HEZERI SAMSURI|
Belanjawan 2024 sebenarnya tidak begitu banyak menyentuh isu-isu automotif. 

Paling besar ialah subsidi diesel yang bakal dikurangkan dan juga rebat untuk mereka yang bergaji Rm10,000 sebulan membeli motosikal elektrik.

Mungkin ada baiknya, kerana ia membuktikan kerajaan tidak akan membuat keputusan secara terburu-buru tanpa memastikan data yang cukup di dalam tangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kita semua sudah faham bahawa subsidi bahan api memang perlu kawalan dan boleh diberikan kepada golongan sasaran.

Sistem pangkalan data PADU pula akan digunakan untuk memastikan hanya mereka yang layak boleh membeli bahan api pada harga subsidi di stesen-stesen minyak.

Saya kira sistem itu masih belum boleh digunakan sepenuhnya dan keputusan untuk menangguhkan pelancaran tersebut ialah satu perkara yang bijak.

Cara pemberian subsidi itu sebenarnya sudah menjadi isu utama dalam proses pemberian subsidi bersasar untuk bahan api - hampir 10 tahun.

 

 

Puncanya ialah sistem itu tidak wujud dalam dunia ini kerana tidak ada negara yang memberikan subsidi bahan api bersasar seperti apa yang kita mahu lakukan.

Jika ia dilancarkan dalam keadaan kurang sempurna, bayangkan situasi kelam kabut di stesen minyak yang mungkin boleh membawa kepada kemarahan dan pergaduhan antara pengguna.

Namun begitu, subsidi bersasar perlu dimulakan sekarang dan alasan ketirisan dalam penjualan bahan api diesel memang benar berlaku. 

Mensasarkan pengguna diesel juga lebih mudah kerana jumlah penggunanya jauh lebih rendah dari bahan api petrol, cuma kerajaan perlu memastikan perbezaan antara kenderaan yang boleh diberikan subsidi dengan yang perlu dikurangkan.

 

 

 

Bagi 99.99 peratus pengguna trak pikap Malaysia (hanya Ranger Raptor yang mempunyai varian dengan enjin petrol), kenderaan-kenderaan MPV besar seperti Starex, Staria dan Carnival, SUV-SUV diesel seperti Fortuner, Mazda CX8, Sorento dan sebagainya, berita semalam akan membuatkan mereka kurang selesa untuk tidur kerana ia bermakna kos penggunaan mereka akan meningkat.

Kos operasi syarikat juga akan meningkat sekiranya mereka bergantung kepada kenderaan diesel, kecuali industri logistik seperti lori-lori penghantaran  dan kemungkinan besar, kenderaan pengangkutan awam seperti bas.

Apapun, sebilangan besar pengguna kenderaan di Malaysia menggunakan enjin petrol dan syarikat-syarikat kenderaan sendiri sudah lama mengurangkan penawaran model diesel kerana Eropah tidak lagi "diesel-friendly" sejak tahun 2010.

Kita lihat perkembangan seterusnya kerana saya yakin, sistem PADU akan siap, akan wujud cara pembahagian subsidi bahan api yang lebih baik dan sudah tiba masanya kita berhenti menggunakan subsidi sebagai senjata politik pemimpin-pemimpin tua.

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Miti berkata NxGV diklasifikasikan sebagai kenderaan yang memenuhi definisi Kenderaan Berkuasa…