“Saya melakukan pencarian di internet dan menemui sebuah laman web menjual karpet kereta sama seperti yang saya mahukan.
“Saya terus membeli set alas kaki tersebut yang dijual pada harga £245 (RM1,400) dan menyangka ia bersaiz sebenar berdasarkan harganya,” kata Burley.
Tambah ibu kepada tiga anak itu, sebaik barangan tersebut tiba, dia terkejut apabila melihat saiz sebenar karpet yang diterimanya.
“Saya membuka bungkusan barangan tersebut dan tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis.
“Anak lelaki saya berkata bahawa itulah sebabnya mengapa orang tua tidak boleh membeli barang di internet,” katanya.
Susulan kejadian itu, Burley berikrar akan mengambil langkah berjaga-jaga apabila membeli-belah secara online pada masa hadapan.
“Pengalaman ini menguatkan tekad saya untuk tidak membeli-belah secara online.
“Saya juga telah cuba untuk menghubungi penjual tersebut, namun laman web itu sudah tidak aktif,” katanya.