Beli apartment eksklusif bernilai RM17 juta di NY, percuma Aston Martin DBX!!

oleh Mohamad Hanif|
Ini bukanlah skim pembelian rumah tipu-tipu, akan tetapi ia merupakan kolaborasi sebenar antara Aston Martin dengan arkitek ternama Sir David Adjaye yang bertempat di New York, Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kerjasama ini, mereka menawarkan sehingga lima unit apartment eksklusif hasil kerja tangan Sir David Adjaye yang terletak di tingkat 59 dan 60 bangunan 130 William, Lower Manhattan.

 


Setiap satu unit aparment tersebut turut ditawarkan opsyen kustom salah satu daripada bilik untuk dijadikan sebagai ruang meletak alat simulasi perlumbaan, pejabat, ruang perpustakaan atau bilik tidur.

Lebih menarik lagi, setiap pembelian apartment eksklusif tersebut akan menerima sebuah unit SUV Aston Martin DBX tanpa sebarang caj tambahan!

 


Aston Martin DBX '130 William Adjaye Special Edition' ini boleh dikatakan sebagai model pertama yang dihasilkan menerusi kolaborasi dengan seorang arkitek ternama.

SUV edisi khas ini turut menandakan kemunculan rasmi penggunaan aksen batu sebenar, iaitu inlay marmar Grey "Pietra D'Avola" yang digandingkan dengan kayu Satin Walnut, serta kemasan aluminium anodiza dalam warna gangsa dan hitam.

 


Selain daripada itu, divisyen personalisasi Aston Martin Q juga menawarkan opsyen kulit Parliament Green yang dijahit menggunakan tangan untuk ruang kabin bagi disesuaikan dengan dinding bilik simulasi perlumbaan, serta warna luaran berbilang lapisan yang diinspirasikan daripada warna luaran bangunan 130 William itu tadi.

Berdasarkan gambar yang diberikan, unit aparment tersebut mempunyai ruang balkoni yang agak panjang, dan ruang dalaman dipenuhi dengan visual yang unik, serta aksesori dan perabot daripada Aston Martin Home Collection by Formitalia.

 


Sebut pasal harga pula, jika anda menginginkan apartment mewah eksklusif ini, wang yang perlu dilaburkan bermula dari $3,985,000 (RM16.56 juta) dan ia mampu mencecah nilai sehingga $11.5 million (RM47.79 juta).

Mahal? Sekurang-kurangnya, anda dapat Aston Martin DBX percuma!

Sebagai makluman, harga jualan Aston Martin DBX standard di Malaysia bermula dari RM818 ribu, di mana butiran lanjut boleh didapati pada pautan di bawah:

BACA: Aston Martin DBX di Malaysia