
Kesemua 16 buah Defender 110 tersebut disimpan dan kini dibuka untuk jualan, jarak pemanduan pula tidak sampai 48.2 kilometer.
Inilah yang dikatakan sebagai NOS atau new old stock! Daripada 16 buah, hanya ada satu Utility Wagon dan Station Wagon untuk setiap warna.
Kesemua unit tersebut adalah varian XS yang merupakan spesifikasi Defender tertinggi pada masa itu.
Walau bagaimanapun, kesemuanya akan dibuat mengikut gaya Twisted dan berdasarkan citarasa dan pilihan pelanggan dan jip edisi terhad ini dipanggil One of One.
Ada dua rangkaian kuasa yang ditawarkan iaitu TVS 2.3L turbo petrol TTD 2.2L turbo diesel.

Berikut adalah ubah suai dan kelengkapan jip One of One:
Rangkaian kuasa
TVS
- 2.3L turbo petrol 308 bhp, 474.5 Nm
- Pengecas turbo twin scroll
- Rod penyambung dan aci engkol acuan keluli
- Transmisi manual enam kelajuan
TTD
- 2.2L turbo diesel 174 bhp, 420 Nm
- Naik taraf ECU
- Penapis udara berprestasi
- Set ekzos besi tahan karat daripada DPF back
- Transmisi manual enam kelajuan

Pengendalian
- Set suspensi Twisted dengan gegelung dual rate, penyerap hentak redaman custom
- Palang anti oleng yang dipertingkatkan
- Brek enam omboh di depan dan empat omboh di belakang
- Casis dengan lapisan baharu
Luaran
- Bahagian depan dengan kelengkapan Twisted tahap satu
- Lampu DRL dan lampu pemanduan pada bampar
- Pemijak sisi dengan bahagian atas warna hitam
- Roda aloi Twisted Classic
- Tayar BF Goodrich AT
- Anggota silang (crossmember) dengan lapisan cat untuk memanjangkan jangka hayat.

Dalaman
- Bahagian dalaman ditanggalkan, panel dijajar semula
- Penebat bunyi dua lapis
- Karpet premium warna hitam
- Kemasan kerusi dan dalaman dibuat mengikut kulit dan sulaman tempahan pelanggan
- Stereng balutan kulit
- Sistem media double din dengan Apple CarPlay!
- Radio DAB
- Kamera undur
- Sistem audio premium untuk kualiti bunyi cemerlang
Ada beberapa lagi ciri istimewa pada Defender versi Twisted ini dan tempahan sudah pun dibuka dengan penghantaran bermula 2023.

Berkenaan harga, model lima tempat duduk Utility Wagon 2.2 TTD dijual daripada £135,000.00 (RM704,650) dan £174,500.00 (RM910,825) untuk TVS.
Model tujuh tempat duduk Station Wagon 2.2 TTD pula bermula daripada £145,000.00 (RM756,846) dan £184,500.00 (RM963,021) untuk versi TVS.
Harga Defender memang keras apatah lagi yang siap begini!
Penulis: Muhammad Md Tajudin
