Menurut Naib Presiden Operasi Bjak, Fatin Izzati menjelaskan, Bjak bekerjasama dengan penyedia BNPL Atome untuk memperkenalkan pilihan pembayaran yang selamat dan fleksibel, menjadikan urusan pembaharuan insurans kenderaan lebih mudah diakses orang ramai ketika tempoh pasca pandemik.
Pembeli insurans kereta dan motosikal boleh menggunakan kaedah BNPL, di mana amaun penuh akan dibahagikan kepada tiga kali pembayaran tanpa faedah dikenakan.
Bayaran pertama akan dikenakan ketika pelanggan melakukan transaksi menggunakan kad debit/kredit yang dikeluarkan oleh mana-mana bank, sementara pembayaran seterusnya akan dikenakan selepas 30 hari secara automatik.
Menurut Fatin lagi, pilihan ansuran pembayaran untuk tempoh enam bulan dan 12 bulan akan dilancarkan kelak.