Beli insurans motor menerusi aplikasi Setel!

oleh Mohamad Hanif|
AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) bekerjasama dengan aplikasi mudah alih Setel bagi menawarkan perkhidmatan pembelian insurans secara digital yang lebih cepat, mudah dan selamat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi kerjasama ini, pengguna Setel boleh membeli pelan insurans motor AXA - SmartDrive Enhanced, di mana mereka boleh menerima sebut harga segera, membuat pembelian dan menerima e-polisi, semuanya menerusi satu aplikasi sahaja.

Pelanggan juga boleh mendapatkan mata ganjaran Setel dengan setiap pembelian insurans motor.
 

Setel


Pelan yang ditawarkan ini menawarkan perlindungan yang lebih fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut ketetapan masing-masing, seperti perkhidmatan tunda percuma sehingga 30 km, bantuan kecemasan tepi jalan 24/7, waranti pembaikan, serta manfaat tambahan seperti perlindungan cermin depan, banjir dan bencana alam, penepian pembaikan dan banyak lagi.

Pelanggan terawal yang membeli insurans menerusi aplikasi Setel ini akan mendapat diskaun 10 peratus, selain diskaun tanpa tuntutan (NCD) bermula 28 Februari - 27 Mei 2022.

Malah, 500 pengguna pertama yang berjaya membuat pembelian insurans menerusi Setel akan menerima e-Baucar Penghantaran KFC bernilai RM20 untuk tempoh masa terhad (28 Februari - 27 Mac).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama antara Setel dan Maybank itu bakat memberi pengalaman yang lancar, mudah dan bermanfaat…
Berita Domestik
Integrasi DuitNow QR dengan fungsi “Setel Pay” dalam aplikasinya berpotensi untuk meluaskan lagi…
Berita Domestik
Perkhidmatan yang disediakan ialah penggantian bateri, jump start bateri, tukar tayar, bantuan…