Beli kereta guna syiling, 20 staf ambil masa 3 jam untuk mengira RM33,000

oleh SALINA JALIL|
Di Zhoukou, Henan provinsi, China, seorang lelaki telah membayar kereta yang dibelinya dengan menggunakan wang syiling berjumlah 51,000 yuan (RM33,163).


Menurut perkongsian di Weibo, lelaki berkenaan yang bekerja dalam industri makanan membeli kereta secara tunai berkenaan untuk anaknya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurut seorang pekerja bilik pameran kereta dikenali sebagai Chen memberitahu pengiraan wang syiling berkenaan terpaksa dilakukan oleh 20 orang kakitangan.

 

Difahamkan proses pengiraan rumit itu mengambil masa tiga jam.

 

Netizen terkejut kerana bilik pameran itu masih menerima pembelian berkenaan dan bersetuju untuk menghitung wang tersebut.

 

Kalau di negara kita, adakah para jurujual di bilik pameran kenderaan melayan dan menerima pembelian tersebut atau mengucapkan selamat tinggal?

 

 

WorldofBuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengurus kedai, Harum Demak berkata, pembelian motosikal menggunakan duit syiling sudah kali kedua…