Beli Nissan Almera, percuma pakej Tomei Aero bernilai RM8,000

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor kini menawarkan pakej aerodinamik Tomei Aero secara percuma bernilai RM8,000 kepada para pembeli Nissan Almera Turbo untuk tempoh terhad.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibangunkan secara khusus oleh penala terkenal Tomei Jepun, pakej Tomei Aero ini boleh dipadankan pada semua varian Almera Turbo - VLT, VLP dan VL - untuk imej luaran yang lebih sporti.
 

Almera


Pakej tersebut merangkumi lima komponen seperti spoiler bampar depan, spoiler bampar belakang (dua unit), serta skirt sisi di mana kesemua komponen ini dilayangkan dengan skema warna dua tona.

Tidak ketinggalan, set pedal sport dengan tempat perehat kaki yang bukan sahaja nampak sporti, akan tetapi menawarkan kadar cengkaman yang baik untuk operasi pemanduan.
 

Almera


Pakej Tomei ini turut menawarkan perlindungan hendal pintu, plet ambang pintu, visor pintu dan pakej tinted ICE Cool Tinting Film.

Kesemua kit ini dipasang secara terus di kilang bagi menjamin kualiti yang sama untuk setiap kereta, dan didatangkan dengan jaminan pengeluar untuk tempoh tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 km (yang mana terdahulu).
 

Almera


Pihak ETCM turut menawarkan Tomei GT Wing untuk mereka yang mahukan penampilan agresif, dengan kos RM1,400 (termasuk kos pemasangan).

Untuk tempoh terhad, kit GT Wing Tomei ini ditawarkan diskaun 50% untuk pembeli terawal.

Baca: Nissan Almera Turbo