Beli tayar Goodyear baharu, dapat angpau Touch 'n Go RM888!

oleh Mohamad Hanif|
Goodyear Malaysia mengakhiri tahun ini dengan memberi penghargaan kepada pelanggan dengan adanya hadiah mingguan dan bulanan yang menarik, dan meneruskan kegembiraan ini sehingga Tahun Baru Cina tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula sekarang  sehingga Ahad, 28 Februari 2021, pengguna yang membeli tayar Goodyear akan layak untuk menyertai peraduan, dan dengan mudah mereka boleh mendaftar pembelian di laman sesawang Goodyear Malaysia’s Worry Free Assurance.

Sepanjang tempoh peraduan, terdapat sebanyak 40 pemenang mingguan dan 3 pemenang bulanan di mana mereka akan menerima sebuah Bag galas Laptop Targus Sport dan kredit Touch ‘n Go bernilai RM888.

Untuk menyertai peraduan ini, pengguna perlu membuat pembelian tayar Goodyear di mana-mana pusat Goodyear AutoCare atau pengedarnya, dan seterusnya mendaftar pembelian mereka di laman sesawang Goodyear Malaysia’s Worry Free Assurance.

Setiap pembelian dua tayar dengan bersaiz ukuran 16 inci ke bawah, bersamaan dengan satu penyertaan; manakala setiap pembelian 2 tayar dengan bersaiz ukuran 17 inci ke atas, bersamaan dengan 2 penyertaan.

Pemenang akan diumumkan secara mingguan dan bulanan melalui laman Facebook Goodyear Malaysia (@GoodyearMalaysia), dan pemenang bulanan akan menerima ganjaran mereka melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.  

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat peraduan, pengguna boleh melayari laman sesawang Goodyear Malaysia’s Year End Promo di https://www.goodyear.com.my/offer/2020-year-end-promo-mechanics atau layari www.goodyear.com.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…
Berita Domestik
Ianya selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan…
Berita Domestik
Bagi mendapatkan promosi tersebut, pelanggan boleh membeli tayar Goodyear Assurance ComfortTred…