Belum gaji alasan tidak perbaharui lesen memandu

oleh Penyumbang Rencana|
gambar ihsan dari Facebook JPJ Selangor
Beberapa penunggang motosikal memberi alasan belum gaji dan lupa selepas didapati tiada lesen memandu serta tamat tempoh dalam Op Patuh di Plaza Tol Gombak, di Gombak, pada Sabtu.


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Datuk Khairul Khar Yahya berkata, operasi dijalankan di laluan motosikal kira-kira 10 pagi itu diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Selangor, Mazlini Yusof.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Sebanyak 87 motosikal diperiksa dalam operasi itu dengan 40 notis dan 26 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, ubah suai kenderaan dan tiada cermin sisi.

"Antara alasan diberikan penunggang atas kesalahan tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh adalah lupa, motosikal baharu dibeli, tunggu tukar nama serta belum gaji," katanya ketika dihubungi Harian Metro pada Isnin.

Khairul berkata, penunggang dan pemilik motosikal dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik selain mengamalkan pemanduan secara berhemah.

"Tindakan penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang.

"Orang awam boleh menyalurkan aduan berhubung kepada kesalahan lalu lintas melalui [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan," katanya.