Benarkan anak 10 tahun pandu kereta, ibu didenda

oleh Penyumbang Rencana|
foto kejadian (kiri), foto ibu kanak-kanak 10 tahun (kanan)
Gempar pada 3 September lalu, kira-kira jam 9 malam di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, Seremban, apabila telah dikesan seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun memandu kenderaan jenis Toyota Corolla telah terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain.

Pada Isnin, Mahkamah Majistret Trafik telah menjatuhkan hukuman terhadap ibu kepada kanak-kanak tersebut, seorang wanita berusia 46 tahun berkenaan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Kesalahan yang dibicarakan adalah di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum dengan didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Majistret telah menjatuhkan hukuman denda RM700 atau hukuman penjara tujuh hari sekiranya wanita tersebut gagal membayar denda tersebut. Denda tersebut telah dibayar dan wanita tersebut telah dibebaskan. 

- Denda yang 'terlalu' murah tidak akan menjadi pengajaran!-

Artikel sepenuhnya di Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar…
Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh melakukan perbuatan itu dengan merosakkan cermin…
Berita Domestik
Pasangan tersebut hadir ke mahkamah dengan berpakaian lokap berwarna ungu sambil diiringi anggota…