Benelli TNT 135 edisi terhad – Serendah RM9,988 seunit

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar rasmi motosikal berjenama Benelli di Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Benelli Malaysia) semalam memperkenalkan model mini edisi terhad, Benelli TNT 135 LE untuk kegunaan pasaran tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dihasilkan sebanyak 1,000 unit secara keseluruhan, motosikal tersebut tersedia dengan tiga warna seperti hitam, merah dan putih untuk pilihan pengguna.

Membelek spesifikasi dimiliki fun bike berkenaan, ia digerakkan nadi enjin Single Over Head Cam (SOHC) berkapasiti 135cc dengan bantuan kotak transmisi lima kelajuan bersama sistem sejukan cecair.

Difahamkan, Benelli TNT 135 LE berupaya menghamburkan kuasa maksima mencecah 13Hp. Cukup tinggi untuk motosikal dalam kategorinya.

Prestasi hebat itu turut disokong menerusi aplikasi casis jenis steel-tube lattice yang mana ia memastikan aspek pengendalian Benelli TNT 135 LE sentiasa stabil meski pun ditunggang di atas pelbagai permukaan jalan.

Selain nadi enjin, motosikal berkenaan turut didatangkan dengan ciri standard seperti rim aloi, ekzos berkembar dan komponen brek cakera di kedua-dua roda.

Jika dilihat bahagian roda jentera, sistem suspensi yang dipasangkan ialah batang fork teleskopik terbalik sepanjang 41 milimeter (mm) di hadapan sementara di bahagian belakang pula daripada jenis penyerap hentakan tunggal jenis boleh laras. 

Untuk makluman, Benelli TNT 135 LE turut ditawarkan dengan opsyen aksesori tambahan seperti pelindung tangan, pelindung enjin, pemijak kaki berwarna merah, axle bar (bahagian belakang), mekap gaya casis, penutup takung cecair brek hadapan, penutup minyak enjin, penutup penapis minyak dan penutup ekzos dengan kemasan gentian karbon.

Sebagai permulaan, Benelli Malaysia menawarkan tag harga serendah RM9,988 seunit bagi Benelli TNT 135 LE (harga tidak termasuk 6 peratus GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran).

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web www.mforce.my, www.benelli.my atau berkunjung ke mana-mana cawangan pengedar Benelli di seluruh negara sekarang juga.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dengan pelancaran model 1250 TR-G ini, ia mampu memberikan saingan kepada model seperti BMW 1250 RT…
Pelancaran Motosikal
Dari segi kuasa, ia didatangkan dengan enjin bersesaran 246.9 cc silinder tunggal yang mampu…
Pelancaran Motosikal
Ditawarkan pada harga RM5,999 seunit, YADEA E8S Pro ini dibekalkan dengan mnotor elektrik 2.68 hp…