Benelli TNT25N rasmi untuk pasaran Malaysia - 25.5 HP, 21.2 Nm, harga dari RM12,998

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Benelli Malaysia kini telah menambah satu lagi model baharu dalam barisan model TNT iaitu Benelli TNT25N, didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Power Black, Strength Red dan Golden Yellow.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

TNT25N dikuasakan oleh enjin silinder tunggal, DOHC, bersesaran 249 cc sejukan cecair dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan yang mampu menghasilkan 25.5 HP dan 21.2 Nm.

 

2

 

Ia juga dikemaskini dengan lampu hadapan dan penunjuk arah LED serta panel meter digital yang terang bagi memberikan keyakinan semasa menunggang di waktu malam.

Bagi menjamin tunggangan yang lancar dan selamat, TNT25N turut dilengkapi dengan fork terbalik (USD fork) pada bahagian depan dan penyerap kejutan tunggal pada bahagian belakang.

 

3

 

Pada bahagian brek pula, ia menggunakan cakera tunggal bersaiz 260 mm di hadapan dan cakera tunggal 240 mm pada brek belakang.

Untuk pasaran Malaysia, Benelli TNT25N boleh didapatkan di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia, dengan harga jualan bermula dari RM12,998 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

 

4

 

Ia turut didatangkan dengan waranti pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan sejauh 20,000 km (yang mana dahulu), bagi memudahkan pelanggan, Mforce Bike turut menyediakan perkhidmatan pembelian alat ganti secara atas talian.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Skuter ini dikuasakan oleh nadi silinder tunggal empat lejang sejukan udara bersesaran 124 cc yang…
Berita Domestik
Terdahulu, kempen perkhidmatan bantuan banjir dilancarkan oleh MForce khusus buat mangsa yang…
Berita Domestik
Pemilik motosikal berjenama SYM, Benelli, WMoto, SM Sport, Keeway dan Brixton yang terjejas di…